Tempahan untuk tudung dan baju juga datang tidak putus-putus. Kebanyakan pelanggan baru. Selepas mencuba sekali terus nak booking untuk tempahan hari raya pula. Pelanggan lama pula juga sudah pesan awal-awal. Nampaknya tempahan untuk hari raya perlu tutup awal kali ini kalau macam ni gayanya.
Bagi tukang jahit dan mereka yang terlibat menjual pakaian, tudung dan shawl, waktu sekarang adalah masa terbaik untuk membuat persediaan. Hari raya adalah masa yang ditunggu-tunggu untuk mengaut pendapatan lumayan. Jualan untuk pakaian, tudung dan shawl untuk hari raya akan berlipat kali ganda. Kalau tak ambil peluang ini tentu rugi. Kena tunggu hari raya tahun hadapan pula.
Mereka yang nak berniaga perlu ada stok awal-awal. Hari raya adalah hari yang diraikan oleh setiap keluarga Muslim. Tak kira tua muda, miskin kaya, yang berada atau yang kurang berada, semuanya akan simpan budget untuk membeli pakaian baru. Pakaian pula mestilah yang istimewa dengan fesyen terkini. hari rayalah hari untuk balik kampung, berjumpa saudara mara, berjalan ke sana ke sini, mengadakan rumah terbuka, menjemput jiran tetangga datang ke rumah. Jadi hari raya adalah hari untuk bergaya dan berpakaian baru.
Peluang untuk mengaut keuntungan lumayan tidak boleh dilepas begitu sahaja. Kalau di negara luar seperti di Amerika dan Eropah jualan paling banyak dihasilkan adalah pada hari Krismas. Berlipat kali ganda jualan secara online dan offline. Jualan di Amazon sendiri meningkat berganda-ganda banyaknya. Ramai mengambil kesempatan mempromosi produk di Amazon. Begitu juga di kedai-kedai online yang lain. Di tempat kita pula hari raya adalah hari yang tidak boleh dilepaskan untuk mendapat pendapatan lumayan. Jualan makanan dan pakaian mendapat perhatian yang luar biasa.
Sesiapa yang nak berniaga online atau offline perlu membuat perancangan yang rapi. Yang nak berniaga baju kurung dan tudung 3 layer mula memasang angan-angan untuk mendapat baju kurung murah di Vietnam. Ada manik lagi. Tiket perlu ditempah sekarang. Katanya harga baju kurung dan tudung 3 layer sangat murah di sana. Yang nak berniaga telekung boleh pergi Indonesia. Yang nak mendapat kain chiffon murah mulalah merancang pergi ke China. Katanya kain chiffon di China timbang kilo. Patutlah boleh jual murah. Saya sendiri tak pernah lagi pergi ke sana.
Yang nak menjual, tudung, shawl dan baju perlu buat persediaan sekarang. Akaun facebook page perlu dibuka. Begitu juga akaun instagram. Cari kawan dan follower sebanyak mungkin. Sekali upload sahaja gambar baju, tudung atau shawl terus ada yang pm nak beli. Berderet-deret pm masuk. Seronoknya berniaga online. Masa sekaranglah mesti cuba menjual secara online. Trend membeli secara online semakin meningkat. Setiap orang dari budak sekolah, pekerja biasa sehinggalah yang berpangkat besar mempunyai sekurang-kurannya smart phone. Begitu begitu juga yang bekerja di pejabat-pejabat. Pada bulan puasa nanti, banyak masa digunakan untuk melayari internet. Internet menjadi tempat rujukan untuk membeli belah. Semuanya dihujung jari. Blog ini sendiri saya percaya akan meningkat pengunjungnya nanti.
Saya sendiri sudah terasa begitu sibuk sekali. Setiap hari ada sahaja yang bertanya untuk menghantar untuk jahit tepi shawl dan tudung untuk persediaan jualan hari raya nanti. Untuk tudung dan baju, kalau jahit pukal saya terpaksa tolak kecuali untuk shawl sahaja masih diterima. Kalau tempahan baju dan tudung hanya saya terima untuk tempahan persendirian sahaja. Tak sempat nak buat semua.
Untuk hari raya kali ini saya juga perlu buat persediaan. Kedai Online Nash Fesyen perlu dipenuhkan dengan produk-produk terbaru mulai sekarang sebanyak mungkin. Tempahan menjahit baju, tudung dan shawl yang ada sekarang perlu disiap dengan segera. Kalau bertangguh memang banyak yang tak siap. Banyak lagi yang akan datang.
Walaupun tempahan hari raya belum ada tetapi tempahan menjahit seharian pula semakin bertambah. Baju di bawah adalah contoh tempahan baju yang sudah ditempah dan siap dijahit untuk pelanggan. Macam-macam fesyen yang diminta. Ada yang tunjuk gambar. Ada yang bawa contoh. Ada juga yang lukis sendiri. Terima sahajalah. Raya lambat lagi. Kalau dekat puasa nanti terpaksalah tolak.
Jahit Dress Princess Cut
Saya sendiri bercadang untuk menjahit baju, jubah, blouse, dress dan lain-lain untuk dimasukkan ke Kedai Online Nash Fesyen. Tunggulah nanti. InsyaAllah.